RM10 - Malaysia ( for speed courier please add RM5)
USD10 - rest of the world
Au Revoir’s debut album comes to you all the way from... Kangar, Perlis? Considering the fact that it was put together by the band itself, Keys Of Misery is a very well-done, archetypal metal album. It even got airplay in Italy and Greece. Malaysia Boleh! Check ‘em out at myspace.com/thetrueaurevoirBest track: Great guitar riffs plus angry lyrics equals headbanging anthem.
- FHM Magazine (Malaysia Edition) –April 2009
You know, it's VERY ORIGINAL! I like! The vocals sound a bit 'whiny' sometimes but still have some charm that interest me! I like the first 3 songs best. It's not typical death metal bullshit like many bands I hear. The melodies are emotional sometimes which I dig... Pat Ranieri, HELLWITCH
I can definately hear some good songs in there, man! a bit commercial for me, but it is good songwriting. you need to work on those drums, they don't sound quite right yet! KEEP ON PLAYING!!! don't forget to listen to manilla road!! - Fenriz, DARKTHRONE
About your CD, well I like your sound heavy with melody and good composition and coordenation musicial, is a great CD..- Daniel, Murder Records
Kalau cuba dikira , ini merupakan single ke-4 daripada Au Revoir , One-man-band Au Revoir terus maju kehadapan dgn garapan muzik yg lebih variasi. Adakah anda berasa janggal dan semak dgn terma single ini … Bagi saya ini bergantung dan bila ianya berkaitan dgn Au Revoir, ia semacam sesuatu yg tak boleh ditolak malah sesuai dgn muzik yg dibawa Rock/Heavy/Metal dgn lirik yg sangat kelam. 'Make Me Suffer' merupakan satu titik perubahan jika dibandingkan dgn lagu-lagu sebelumnya , Vokal Rammy menampakkan sangat berlainan sekali , didalam single yg menampilkan 3 lagu dgn satu lagu cover daripada The Misfits dan 2 lagu baru dgn setiapnya menampilkan gaya vocal yg amat berlainan. Kita mulakan dgn 'Prophets Of Doom' yg dilihat hasil muzik yg penuh padat dgn kelajuan sederhana dan pasti perkara pertama yg berlegarr bila pertama kali lagu ini dimainkan ialah Blackfire , malah ianya tidak dihairankan kerana beliau sebagai salah seorang guitarist Blackfire , dan Rammy juga ada mengatakan iaitu Vokalist Blackfire amat berminat bila mendengar lagu ini , utk dimuatkan kedalam rilisan Blackfire nanti . Tapi jgn cepat membuat andaian – lagu ini melihatkan bagaimana hasil tangan Rammy yg penuh mistik dgn riffing dan hasil gitar yg mudah tapi tiada tandingnya . 'Make Me Suffer' yg dilihat sebagai lagu tema , dihasilkan dgn muzik rancak dan lebih rock n roll , ini sangat berlainan dgn lagu-lagu mereka sebelumnya yg lebih depressive malah vocal beliau akan turut buat kita tersenyum tapi hasilnya sangat kemas , namun tentunya kita takkan mudah utk lupakan riffing yg artistic dan klasik , yg merupakan antara kekuatan utama daripada beliau sejak memulakan Au Revoir . Single yg dihasillkan ini juga merupakan antara yg paling berpuas hati oleh Rammy dan tentunya saya sendiri bersetuju jika dibandingkan dgn single sebelumnya terutamanya dari segi sounds , daripada rakaman dan juga mixing oleh professional dan inilah hasilnya - 'Make Me Suffer' . Sesuatu yg tetap tidak dapat disangkal ialah ketekunan dalam penghasilan lagu , idea-idea yg segar dan berterusan diteruskan oleh beliau , ini bukanlah sesuatu yg boleh dibelajar dimana-mana . Au Revoir terus buktikan dgn muzik yg memukau … 4.25/5 - Pikrama
Please don't stop from creating those soulful melodies...HAIL! - Haidir, HEREAFTER
Seperti ungkapan dalam ulasan saya yg terakhir tentang mereka - 'Bring Me The End , Until We Meet Again ... ' , ya kita bertemu lagi , jarak setiap keluaran mereka tidak begitu jauh , utk tahun ini sahaja mereka telahpun mengeluarkan 3 single dengan setiapnya mempunyai 2 buah lagu baru ... -Psycho Charmer- adalah rilisan terkini daripada Au Revoir dengan 5 buah lagu hanya 3 lagu baru dan 2 lagu lama iaitu -Dying Just As I- telah dimastered semula dan ditambah elemen begitu juga lagu sulung mereka -The Knife- , yg merupakan rakaman ketika lagu ini ke udara di stesen radio di Italy . Mungkin -Psycho Charmer- amat dihargai jika sound bukanlah satu perkara besar buat anda tapi produksi -Psycho Charmer- cukup utk menggambarkan dan menjelaskan setiap idea-idea yg tidak pernah didengar sebelum ini , walaupun kecewa sikit dengan produksi mereka tapi fokus setiap lagu tidak hilang . Apakah yg anda tahu tentang mereka ? , sebuah kumpulan dengan sound seumpama Judas Priest menyusun lagu dengan penuh depresif dan emosi seperti yg dilakukan Sentenced (tapi ingat Au Revoir bukan meniru Senteced) serta memberikan struktur muzik moden . Kumpulan Rock/Metal Au Revoir menyerlahkan sekali lagi keupayaan mereka . Mungkin utk mengekal stabiliti kehebatan sebuah band adalah sesuatu yg sukar .Tapi Au Revoir yg saya percaya , sentiasa dalam kelas yg tersendiri seperti tiada halangan langsung mahupun tekanan utk terus berkarya dalam terus mencipta lagu-lagu yg berinspirasi , spt yg pernah dikata oleh Rammy -'Ia adalah satu luahan perasaan'- . Jujurnya tidak banyak band tempatan yg mampu membuat saya utk mendengarnya berterusan dan berkali-kali , yg adapun hanya sekali sahaja lepas itu terperuk terus dibawah katil itupun terpaksa mendengar berkali-kali hanya utk membuat ulasan . Tapi berlainan sekali buat Au Revoir yg mampu utk merasai elemen yg penuh kesedihan , susunan yg padat dan tidak banyak kumpulan yg mampu membuat lagu-lagu begini tanpa dibayangi influence mereka. Lagu -Devotion- memberikan feel yg sangat mendalam , riffing yg terlalu menarik sebenarnya, saya kenal ramai handalan guitar tapi berapa ramai yg pernah terfikir dengan solo mudah begini dan menghasilkan atmosphere yg berlainan tapi menjurus kepada satu matlamat -depresif- ditambah lagi dengan gaya vokal Rammy membuatkan lagu ini semakin 'berhantu' ... rilisan ini melihatkan satu perubahan yg amat positif daripada Au Revoir . Lagu -Psycho Chamrmer- melihatkan satu bentuk muzik yg perlahan dan mengalun dengan penuh syahdu . Au Revoir bukanlah bercerita tentang cinta tapi mengenai kebencian yg terpendam .. alunan yg sangat setara dlm menghasilkan muzik dengan riffing yg sentiasa memorable , menggambarkan setiap nostalgia , dan manipulasi setiap perasaan . -Psycho Charmer- terus meletakkan Au Revoir pada tahap yg tak terusik dan terus tidak terlawan oleh mana-mana dalam 'genre'nya . Spt ungkapan liriknya ... -"Perhaps, the time has comeI really hate that sight of a mirrorLet them hate so they fear meGreat hate follow great loveI spit on hope , I spit on moralityI am dying beyonds my meansA moving grave, keys of misery"
- Pikrama,
Overall aku dapat dengar yang hang cuba meluaskan lagi kepelbagaian, bakat & skill dalam gubahan lagu. Cuma kali ni lebih kepada story telling - lullaby & agak mellow. Material yang lama lebih rocking. Vibe-nya pun lasak sikit. Walaupun ada sentuhan keyboards, gitar hang masih garang bersuara. Aku tak pasti hala tuju, arah & identiti muzik Au Revoir ni akan menjadi death-rocking @ psycho-enchanting?! hahaha! Hang la yang decide? Apa pun good job Rammy. I can't wait to hear what's next!!?
- Shahjehan, Illustrator DARKARTZ PROD.
Nafas baru dalam muzik underground Malaysia dengan menampilkan satu kelainan dari band yang tersedia ada. Au Revoir mencipta dunia unik mereka tersendiri dan apa yang dimuatkan kedalam 'dunia' mereka juga sesuatu yang asing. ....Cuba.... membawa elemen elemen irama rock 70-an dengan memperkenalkannya melalui 'Dead By Tomorrow' dan demo ini masih tidak terlepas untuk dikaitkan dengan irama metal. Apa yang dilihat, mereka masih perlukan pendedahan muzik rock era berkenaan untuk mendapatkan sentuhan yang tepat dan berkesan. Walaupun Au Revoir tidak boleh dikatergorikan sebagai kumpulan 'retro rock' 70-an tetapi langkah yang diambil oleh mereka melalui demo ini begitu hampir kearah pengkategorian yang telah disebutkan tadi. Terbaru tentang mereka, lagu lagu baru telah siap dibinik dan ia lebih maju kea rah yang lebih bermelodi riffing gitarnya dengan alunan rock and roll yang lebih bertenaga. Buat pengetahuan kamu, pemuzik Au Revoir iaitu Rammy juga adalah anggota tetap The Ravens sehingga kini dan demo terbaru mereka akan dirakamkan sedikit masa lagi dan Black/Death metal adalah pilihan utama mereka sekarang! The Ravens menggunakan khidmat pemain drum kumpulan Kherow dari ..Sarawak.. sebagai satu rangsangan bagi melahirkan kreativiti yang lebih sadistik dari sebelumnya!!! Selain itu Rammy juga terlibat dalam album 'Lahir Dari Api' dari kumpulan lagenda sepanjang zaman Blackfire sebagai pemain bass. – Zulhisham, KONSERT magazine.
Amorphis terus berjaya setelah melakukan rombakan besar-besaran terhadap muzik mereka, lebih menonjolkan elemen rock 70an yang begitu kuat didalam muziknya malah tidak ketinggalan juga buat kumpulan Tiamat peralihan muzik kepada Rock Metal menunjukkan mereka akan lebih meneroka aliran muzik baru dan sinonimnya kedua-duanya ialah mereka dapat memberikan satu 'feel' atau perasaan pada irama mereka yang tersendiri seterusnya membentuk satu trademark...dan terselit satu kumpulan tempatan, Au Revoir, mereka melangkah masuk tanpa disedari dan bersedia untuk merombak kembali muzik Perdana Underground Metal tempatan. Kekuatan Au Revoir tentunya dalam membentuk 'mood' yang tersendiri. Sebenarnya Rammy kerap memberitahu saya bahawa Au Revoir akan lebih diarahkan kepada Rock Metal, tapi bila mengenangkan lagu mereka yang begitu menarik sebelum ini iaitu The Knife, saya terus menggunakan istilah Heavy Metal tanpa banyak soal. Pertemuan pertama kami semasa gig Impiety di KL pada awal Januari lalu amat bermakna apabila Rammy memberitahu sendiri yang beliau telahpun menyiapkan sebuah lagi lagu untuk Au Revoir, Dead By Tomorrow ! Di dalam promo yang disertakan tertulis bahawa harapan beliau yang saya benar-benar dapat memahami arah tujuan Au Revoir yang sebenarnya. Benarlah, Au Revoir kali ini benar-benar beliau arahkan kepada Rock Metal dengan lirik yang pastinya akan mengisahkan kepada pembunuhan diri sendiri ataupun kepada sebarang kesedihan sepertimana yang dilakukan oleh Sentenced didalam liriknya. Dead by Tomorrow mempunyai feel yang kuat daripada muzik era 70an terutamanya pada part accoustic gitar bersama menggabungkan dengan muzik Metal yang berat serta meneruskan riffing yang mudah tapi begitu diingati, melodinya amat menarik, ianya mudah melekat dalam ingatan. Jika ada pertanyaan kepada saya...Apakah ianya lebih baik daripada lagu 'The Knife', tentunya amat sukar untuk memilih kerana Dead By Tomorrow mempunyai sentuhan yang lebih bervariasi dan meneruskan apa yang dilakukan sebelum ini;- merasai kesedihan!, Mungkin mereka seperti akan sebarisan dengan Tiamat(baru) daripada segi genre muzik kerana lagu baru ini saya 'mengesan' 'arah' Rammy yang semakin akan lebih mysterious dengan muziknya bersama dengan suasana suram – walaupun begitu mereka tidaklah mempunyai persamaan dengan Tiamat sebagaimana dengan Tiamat, Au Revoir berjaya 'menerbitkan' perasaan dengan melodi-melodi yang begitu 'genuine'. Au Revoir membuktikan bahawa harapan yang saya berikan kepada mereka sebelum ini bukanlah kosong semestinya cabaran yang lebih getir untuk membuka mata peminat muzik Metal tempatan dengan kehadiran mereka ataupun membenamkan sikap egoistik peminat Metal yang extreme yang seperti tiada kompromi dalam membicarakan muzik extreme Metal dan yang saya pasti itu bukanlah matlamat utama beliau tapi yang sebetulnya ialah terus menulis lagu, menceritakan mengenai 'kesunyian' dan 'kesedihan' yang terpendam...dan melalui Au Revoir ia terus dapat diluahkan dengan penuh simbolik. Single yang memuatkan 4 buah lagu berserta dengan lagu promo mereka sebelum ini 'The Knife', lagu terakhir saya lihat seperti lagu outro tapi intro pertama yang berlangsung selama 1.55m lebih menampilkan kekuatan muzik yang padat dan mencengkam, memberikan satu ingatan untuk permulaan yang amat baik, Tanpa segan silu ini adalah demo terbaik untuk permulaan tahun 2005. Dan memang tragis apabila saya memilih untuk mengakhiri sebahagian lirik daripada lagu mereka;- "I am happy to end all these sorrows...Now, I'll slit my throat and gone..."
..-Pikrama, www.metalterus.com.my
..I like your songs and played it in my radioshow ..
..-Stefen, VARATHRON & Twilight Zone Radioshow.
..Vuml and I were listening to those Au Revoir songs a couple of nights ago, and they sound pretty cool..they have got that obscure 70's reference in them... definetly quite original and dark!..
..- Svest, SICK ROOM 7.
..honestly, ianya hebat dan saya bangga apa yang terhasil. memang inilah lagu-lagu terawal saya dan kawan-kawan. masa tu kami form band nama alter ego kemudian nama metal ghost..
..- Azmi Bahari, BLACKFIRE
Dunno kalo hang penah dengar 'breath of life'... Atau Fields Of Nephilim. Aku rasa AR ada mirip 2 bands tu.. I like, good to be different! - One Barchiel, AS SAHAR