Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Saturday, December 27, 2025

TERKUTUK UTARA - ALBUM LAUNCH






























Last night at Tasia Tomyam, something raw and real went down — the long-awaited launch of "TERKUTUK UTARA", a compilation representing the true northern underground.

Featuring Perlis-based acts bound by distortion, darkness, and defiance, this wasn’t just a release party. It was a gathering of minds, riffs, and brotherhood. Ideas were shared, spirits reconnected, and the scene proved it's still alive — and filthy as ever.

This is for those who kept creating in silence, for those who never gave up on DIY, and for everyone who believes the north still has venom left to spit.

Much respect to all bands involved, the crew, and every soul who showed up and showed support.  
You are the scene.!

Sunday, July 30, 2023

FAITHCRAFT DI KANGAR STREET ART


Kami tak pernah lagi sertai acara arus perdana buatan kerajaan briyani atau pun madani sebelum ini, lagi pun kami bukan cari makan dengan hasil karya kreatif ini, kami hasilkan sesuatu (tulisan, lukisan atau muzik) untuk dikongsikan dan jika ia boleh jual, mampu raih duit, kami guna sebagai modal pusingan untuk karya seterusnya. Haluan kiri seperti kami tidak terikat dengan undang-undang dan taboo, kami redah aja. Kami mahu generasi muda mempunyai pemikiran kritis, berkarya dengan memeras otak ‘habis meta’ dan redah aja jika tiada yang menyokong. Bagi yang membenci pula, kami didik agar pengkarya menerima perbezaan dan jangan tunduk kepada golongan pengikut dan penakut.

Kami tak tahu apa benda itu Jelajah Genta Belia? Kata Menteri Belia dan Sukan yang merupakan pelaksana bagi program ini, Jelajah Genta Belia ini dianjurkan bagi memperkasa ekonomi golongan muda terutamanya di luar bandar dengan memberi pendedahan berhubung inisiatif pemerkasaan ekonomi. Kami mendapat tawaran seorang rakan untuk sertai jualan produk kreatif di Kangar Street Art di bawah anjuran Persatuan Pelukis Negeri Perlis, maka kami sertai aja untuk ambil pengalaman dan tinjau program kerajaan. Mungkin kita boleh belajar sesuatu, secara jujurnya kami sudah sedia maklum bagaimana rakyat Perlis berinteraksi dengan karya-karya kreatif tempatan. Maka sebab itulah sebelum ini kami anjurkan program sendiri melalui ‘crowdfunding’ untuk mempromosi hasil tangan sendiri. Kita tak mengeluh sebab kita ada sasaran dan peminat yang tersendiri. Sepanjang kami berada di Kangar Street Art kelmarin, boleh dikatakan majoritinya para pelanconglah yang tahu menghargai dan sanggup membeli produk kami. Terima kasih!

Pada skala Persatuan Pelukis Negeri Perlis, saya beranggapan program ini berjaya dan syabas diucapkan kepada Cikgu Yaakub kerana gigih membawa acara seni sebegini untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada generasi muda. Mungkin dengan sokongan PBT kepada persatuan beliau, banyak urusan boleh dipermudahkan dan banyak idea boleh diperkenalkan agar kerajaan tak ‘jakun’ sangat dalam mengangkat ‘perkampungan seni’ kita ke satu tangga lagi selepas ini.

Barbarossa
30 Julai 2023,
#KangarStreetArt

Wednesday, October 6, 2021

BEDAH ALBUM AU REVOIR "ENGINE OF MY HEART"



Rammy Azmi, komposer dan teraju utama AU REVOIR menceritakan pengalaman diherdik kerana bereksperimen dengan koir sewaktu kemunculan bala tentera war metal di Malaysia dan pergelutan dalam memilih occult rock dan speed rock sebagai hala tuju mereka. AU REVOIR telah bertekad untuk kekal dalam tema pembunuhan, kekecewaan, kegilaan dan keanehan yang hanya berani diketengahkan oleh pemuzik bawah tanah. Dia turut mengupas metodologi rakamannya pada waktu itu dan sikapnya dalam memahami aras-aras kreativiti muzik keras terbitan mandiri. 

Selain itu beliau turut bercakap mengenai falsafah kesufian dan kenangan Faithcrat Studio yang masih tersisa...

Sunday, November 1, 2020

DEFENESTRATE THE BELLWETHER "Refusal to Surrender" DEMO 2020


Finally after long delay due to Covid-19 outbreak, DETBE or Defenestrate the Bellwether's debut demo is out now! Featuring members of vile thrash punk WRECKÄR, Borneo's death metal legend KHEROW and the late DRAWN IN BLOOD, the new project continued their musical exploration through orthodox grindcore compositions and new cause for rebellion. "Refusal to Surrender" savagely captures the brutality and timeless underground qualities of the grindcore that we addicted to since childhood day. It is a proof that the boys are still around and not going to surrender yet!

Limited to 50 copies in tape format. 

Cover artwork by the mighty Somluck Sapeanthong .

RM20 (inclusive postage via normal post).

Buy or listen our digital demo at bandcamp.com

Thursday, November 2, 2017

KHEROW LIVE IN KOTA MOJOKERTO 2018


Kherow  from Sarawak official line-up for Mojokerto, Indonesia tour and also to celebrate Kherow's 20 Years anniversary. We would like to welcome Piyan of SENSELESS (Malaysia's legendary old school death metal) on drums! See you guys there!

By the way, yesterday, Kherow's new song "Violence Technology" has been broadcast in Radio station in Manhattan, New York, Rivers of Blood.

Tuesday, July 12, 2016

FP0018 | SERVORUM "ATRAMENTOUS" CASSETTE




Sunday, July 3, 2016

WITCHES BREW SIGNED SURTUR!


Witches Brew has released the debut MCD from the four headed beast from the Bangladeshi, SURTUR. Limited edition of "Descendant of Time" CD from Faithcraft Productions was sold out! Congratulation guys! 

Postal Address:
Witches Brew
Postfach 48
93162 Laaber
Deutschland

Email: witchesbrewthrashes@hotmail.com

Thursday, November 12, 2015

TERUS MENERUS BERSAMA MUZIK HALUAN KIRI

Banyak label UG underground kini memilih untuk menerbitkan semula material-material lama dengan pakej baru kerana tidak mahu menanggung risiko jika bertindak berani memperkenalkan band-band baru kepada dunia. Peminat dan pendengar muda juga lebih cenderung untuk mendapatkan stuffs lama dan terkenal kerana ia memberi status kepada pemiliknya. Namun ke mana perginya semangat label-label UG yang asal ditubukan untuk memperkenalkan dan membantu band-band yang tidak diterima arus perdana serta memerlukan sokongan rakan-rakan dari genre yang sama. Tertubuhnya label UG seringkali adalah refleksi dari ketiadaan sokongan luar dan memutuskan untuk menerbitkan karya dengan usaha sendiri (DIY), namun jika pemuzik kurang arif dalam hubungan diplomatik UG. Maka hasil seni mereka pasti berkubur selepas demo atau album pertama. Hakikatnya label adalah entiti yang memperkenalkan genre baru seperti grindcore, unholy black metal, death metal hingga menjadi satu fenomena. 

Faithcraft akan mengekalkan semangat muzik haluan kiri tersebut. Kami tidak akan putus asa menyokong dan memperkenalkan band-band baru yang berpotensi, dari benua-benua asing agar mereka ingat, dikala mereka mula bertapak dan sangat memerlukan sokongan. Kami berada di situ menghargai kesenian mereka.

Maka, terimalah dua rilisan penutup tahun ini!! Tunjukan sokongan anda. Akan terbit beberapa hari lagi.

SURTUR (Bangladeshi Thrash Metal)

 dan

 JEHOVAH THE SATYR (Indonesian Death Metal)

Sunday, July 12, 2015

KEMENYAN ZINE DIARIES



I have been working hard over the past months to compile all historic interviews from Kemenyan Zine, spanning from the mid 90’s to 2006. As bonus, Kemenyan book will also features new interviews with some bands I couldn’t get in touch back in the day but dying to have them in my zine. It needs so much time and work to reproduce all those pages in great quality. In fact, some investment has been made to ensure it will come in killer design and printing. I hope you guys will buy this book for its comprehensive historical and subcultural record. The book is scheduled to be release in September 2015. Also to my old supporters and readers, this is specially made for you.

~ Rammy, Ahmad Ra1m1, Barbarossa
11th July 2015

Tambahan: Saya menghentikan aktiviti Kemenyan zine pada 2006 apabila melihat band-band tempatan sudah tidak berminat lagi untuk menyokong zine-zine fotokopi. Pengikut zine juga berkurangan. Malah, ada ketikanya band-band luar negara yang begitu popular seperti BEHEMOTH, CENTINEX, DESASTER dan sebagainya mampu membalas interview dalam hanya satu minggu, sebaliknya saya perlu memujuk, mengingatkan band-band tempatan yang selalunya membalas surat/email setelah beberapa bulan atau terus rip off. Bagi satu itulah kali terakhir saya akan menyokong mereka. Tiada peluang kedua!!. Untuk ruangan bonus dalam buku ini, saya cuba mengarang interview-interview tambahan demi menyokong kumpulan-kumpulan baru tempatan. Hal yang sama tetap terjadi. Ia sungguh mengecewakan. Takkanlah anda tunggu majalah Terrorizer atau Metal Hammer kot?

Begitu juga artwork, walaupun saya mampu melakukannya sendiri. Saya tetap mahu memberi peluang pelukis-pelukis baru untuk mengetengahkan karya mereka di kulit hadapan Kemenyan nanti walaupun berbayar. Namun setelah bayaran dikemukan, mereka diam dan terus hilang. Saya agak kecewa dengan sikap begini…

Friday, January 30, 2015

STAY STRONG ZIZIE ROW

 
We just got the news that a newly customized chopper by Zizie Row, the guitarist of AU REVOIR went inferno on the road. He was on the way to work when its engine suddenly burst into flames. Lucky he survived. Son of a gun, he is!!

Thursday, January 22, 2015

DEATH WAR THRASH TOUR 2015


We regret to tell you brothers. We can’t perform on that day. Sadly, due to Haidir @ Melayu, our bassist is busy in studio from February to March because HEREAFTER is going to record their new album. We're very much love to play in Hatyai, Songkhla again. And hopefully Wreckar can play at your gig right after this. I am sorry again bro. But I will come and support you. ~ Barbarossa

Thursday, September 4, 2014

PENGUKIR NADA DARI MAKAM


Mungkin kebanyakan anda tidak mengetahui saya mula berekperimentasi dengan muzik elektronika dan ambient sejak membeli keyboards pertama saya berjenama Casio. Saya menulis dan rakam lagu “Aku Rindu Kematian” pada tahun 2008 dan hanya memuat naik lagu tersebut dalam media sosial Myspace. AHMAD RAIMI lebih kepada pembacaan puisi-puisi yang saya tulis bergabung dengan manipulasi bunyi elektronik dan perkusi yang panjang dan menyeksakan. Tiada elemen metal atau rock. Ia muzik ambient tepu, usang dan gelap.

Bagi yang tidak mengenali saya, AHMAD RAIMI adalah sebuah nama muslim pilihan saya sendiri, bukan nama asal dan akhirnya atas bantuan Mufti Perlis, mulai 31 MAC 2009 saya dikenali dengan nama tersebut secara rasminya.


Pada Ogos lalu, pengasas kumpulan SIAL telah menjemput saya untuk menyertai split CD 3 hala yang turut menampilkan one man band, DELUSI. Ini adalah material fizikal pertama dari A.R. Dapatkan CD yang terhad dalam kuantiti 21 unit ini jika anda benar-benar penyokong pergerakan muzik ambient yang kecil lagi terpencil di bawah tanah. Percuma, anda hanya perlu bayar kos setem! Tiada ulang cetak!

Email: dethcrowned@yahoo.com

Sunday, July 13, 2014

THE DEATH OF ANALOG PSYCHO # 2

 
THE DEATH OF ANALOG PSYCHO COMPILATION TAPE IS BACK. 

THE FIRST ONE WAS OUT OF STOCK BUT YOU STILL CAN GET IT FROM SOME LOCAL OR FOREIGN DISTROS LIKE HAMMERCHARGE (SHAH ALAM), GRUNDAR PROD (JOHOR), PARAGON RECS (USA), NWT SHOP (THAILAND), EMPAYAR DISTRO (PAHANG), NUSTANTARAJIM (PENANG) AND MORE.

Thursday, May 1, 2014

PEDAL TO THE METAL


Sebuah lagi program aktiviti kecergasan yang diasaskan oleh Faithcraft Productions selain Faithcraft Fight Club yang lebih menumpukan kepada seni bela diri. Diasaskan secara suka-suka bagi mengumpulkan peminat-peminat heavy metal yang mengemari sukan berbasikal. 

Pedal To The Metal mendapat ilham dari Heavy Metal Truant, kumpulan peminat metal berbasikal untuk kerja-kerja amal yang ditubuhkan oleh Rod Smallwood, pengurus IRON MAIDEN dan Alexander Milas, Editor majalah Metal Hammer dari United Kingdom.

Ini adalah sebuah permulaan. Pedal To The Metal akan merencanakan sebuah acara pertamanya dalam masa yang terdekat ini. 


Wednesday, March 26, 2014

WRECKÄR LIVE IN PENANG


This coming Friday night 28.03.2014,  WRECKÄR will appears in "Friday Rebel Gigs", Soundmaker Studio, Penang - Alongside with Penang death metal tyrants DISSECTOMY to promote their new material. The band is currently working for a full-length album "New Tyranny Unsurpassed" due to be out this year.

Saturday, February 15, 2014

THE DEATH OF ANALOG PSYCHO PART II


Di atas permintaan ramai, kaset kompilasi The Death Of Analog Psycho telah dilanjutkan ke siri-2. Bagi kumpulan-kumpulan muzik berat bawah tanah tidak kira dimana sahaja, jika anda berminat untuk bergabung di dalam kaset edisi terhad ini. Kami amat alu-alukan dan pastikan material anda berkualiti.

Hubungi: faithcraftproductions@yahoo.com

Thursday, April 25, 2013

FP009 | THE DEATH OF ANALOG PSYCHO (VOLUME 1) - CASSETTE

OUT NOW!!!!!!!



THE DEATH OF ANALOG PSYCHO, COMPILATION TAPE HAS BEEN RELEASED! GET THIS FOR RM15 P.P.D OR USD10 (REST OF THE WORLD). LIMITED IN 150 COPIES.

WE ACCEPT PAYPAL, MAYBANK2U, RHB.

NO TRADE.

ALSO BEING DISTRIBUTED BY  HAMMERCHARGE, ANGKA KEMATIAN PRODUCTION, NUSANTARAJIM PRODUCTIONS, GRUNDAR PRODUCTION

* TELAH HABIS DIJUAL

TERKUTUK UTARA - ALBUM LAUNCH

Last night at Tasia Tomyam, something raw and real went down — the long-awaited launch of "TERKUTUK UTARA", a compilation represen...