Rammy Azmi, komposer dan teraju utama AU REVOIR menceritakan pengalaman diherdik kerana bereksperimen dengan koir sewaktu kemunculan bala tentera war metal di Malaysia dan pergelutan dalam memilih occult rock dan speed rock sebagai hala tuju mereka. AU REVOIR telah bertekad untuk kekal dalam tema pembunuhan, kekecewaan, kegilaan dan keanehan yang hanya berani diketengahkan oleh pemuzik bawah tanah. Dia turut mengupas metodologi rakamannya pada waktu itu dan sikapnya dalam memahami aras-aras kreativiti muzik keras terbitan mandiri.
Selain itu beliau turut bercakap mengenai falsafah kesufian dan kenangan Faithcrat Studio yang masih tersisa...