Sunday, March 13, 2011

MALAYSIAN ATTACK GIG


Aku bosan dengan gig-gig band tempatan sejak bertahun yang lalu. Tiada apa yang menarik untuk dilihat atau dinikmati kecuali niat untuk menyokong perjuangan rakan-rakan sahaja. Gig Warbringer adalah yang terakhir aku kunjungi kerana ada tarikan kuat dari kuasa baru thrash metal tersebut. Biarpun ringkas dan bersahaja, persembahan dan penghayatan yang diberikan barisan remaja Amerika  itu cukup berbaloi.

Bila Afdzal memaklumkan Kherow akan beraksi di Penang. Aku mula susah hati. Perlukah aku ke sana? PERLU. Pertamanya, Afdzal ialah rakan lama aku. Keduanya, Kherow bernaung dibawah syarikat aku. Rasa bersalah jika aku tidak ke sana, sekurang-kurangnya akudapat menghabiskan masa berkualiti bersama mereka, disamping mengambil kesempatan ini untuk melancong dan riadah minda. Lagipun aku sudah tahu apabila Afdzal deal bersama Vokill, Kherow pastinya memerlukan pertolongan aku untuk bergerak di Penang.

Mulanya aku kurang bersetuju dengan keputusan Afdzal. Tetapi apabila beliau menyatakan Kherow hanya suka-suka dan motif utamanya ialah untuk jalan-jalan. Maka teruskanlah…

11/3/2011 – Aku bertolak dari Kangar jam 12.30 tengahari seorang diri bertemankan playlist  kegemaran untuk memandu (biasalah Roxette, Paradise Lost, Samael lama, Darkthrone baru, Rancid, bla bla). Aku singgah di sebuah masjid di daerah Jeniang untuk solat Jumaat, aku naik semula ke lebuh raya Gurun pada jam 2.30 petang, aku hubungi Afdzal. Katanya mereka dah selamat sampai di Airport Bayan Lepas.

Jam 4.40 petang aku sampai di Georgetown. Terkejut aku bila dapat tahu Afdzal dan rakan-rakan masih terjegat di airport. Kata Afdzal, inilah masalahnya bila Kherow bukan rockstar. Aku hanya balas dengan makian sahaja. Aku parking kereta di celah-celah bangunan, terus tidur menantikan mereka sampai. Kesian Afdzal, selamat datang ke Penang!

5.30 petang aku bangun tidur, terus ke Peking Hotel di Jalan Penang untuk ambil Kherow makan tengahari. Ya, kami semua belum makan tengahari lagi. Masing-masing kebuluran, 3 orang anggota Kherow dah demam hanya Shila yang masih steady. Hujan lebat turun petang itu, lalu lintas sesak bagai di Jakarta kata Afdzal. Oleh kerana memang aku pakai hentam sahaja, boleh dikatakan kami tersesat juga hendak ke Masjid Kapitan Keling. Kami sampai di situ tepat waktu Maghrib, inilah kali pertama Kherow rasa pukulan nasi kandaq Penang. Baru depa taw! Selepas solat di Masjid Kapitan Keling kami kembali ke hotel. Aku menyewa sebuah bilik lagi supaya lebih selesa setelah memikirkan faktor kemudahan untuk bersama rakan-rakan walaupun aku sebenarnya mendapat penginapan percuma di sebuah chalet di Paya Terubong.

Malam itu dengan bantuan Syargoth, kami ke Pelangi Studio (klik untuk lihat video) untuk latihan. Masing-masing mengambil panadol ActiveFast, sesi latihan berlangsung dengan jayanya dan disudahi dengan cover dari Radiohead. Syargoth membawa kami berpeleseran di Padang Kota, seterusnya kami menikmati Sup Hameed yang terletak bersebelahan hotel kami. Aku, Afdzal dan Jidin kembali ke hotel, ambil Panadol dan tidur manakala Zizie dan Shila ke pub sebelah ‘tunjuk langit’.

Sebelum tidur banyak benda yang kami bualkan, dari politik scene metal Sarawak hinggalah ke kisah-kisah peribadi. Aku respect Afdzal sebab sentiasa tenang dan optimis dalam banyak hal. Afdzal seorang yang mementingkan ukhwah sejak dari dahulu lagi. Metal baginya adalah satu cabang untuk menzahirkan seni, tidak terbelenggu dengan sebarang tekanan dan melihat muzik sebagai cara memupuk persaudaraan. Bagi aku, itu suatu cabang kesenian. Berbeza dengan aku, yang tidak mementingkan nilai sosial, dan sentiasa bersifat rebel dalam kerjaya muzik aku. Namun apa yang sama antara kami berdua, kami mahu lakukan sesuatu yang bersifat segar, mengikut kata hati sendiri ( non-trendy) walaupun pihak lain tidak menyukainya.

12/3/2011 – Kami bangun awal pagi, dan terus ke Chocolate Boutique yang terletak berdekatan hotel, Afdzal dan Shila membeli buah tangan untuk yang tersayang. Aku macam biasa mesti cuba kopi. Disebabkan dah berada di Chocolate Boutique, pagi ini aku cuba mocha. Memang kaw! ‘For young young one like you… but for ow’ (old) pepow (people) like me, I prefers nutty (hazelnut coffee) ‘ kata promoter tu.

Seterusnya kami bergerak ke Rope Walk, aku dapat medal Kosova dengan harga RM2. Boleh di-pin-kan ke jaket. Manakala Jidin beli macam-macam jenis jeruk. Paling ajaib jeruk bawang! Layan sebelum tidur kat hotel katanya. Kami kembali ke hotel jam 1 tengahari kerana aku perlu check out. Kemudian kami bergerak ke Gurney Plaza sebab Shila nak shopping lagi. Semua anggota Kherow tak nak makan sebab thrill kot untuk gig tersebut?! Walaupun berkali-kali aku cakap gig di Penang tidak penah tepati masa sejak belasan tahun lalu. Mereka tetap berkeras tak nak makan dan hendak ke Soundmaker secepat yang boleh.


Kami tiba di Soundmaker tepat jam 3 petang. Suram seperti biasa. Kami borak dan minum di kedai sebelah hingga Diken dan Angah sampai dengan penuh keterujaan. Akhirnya tersenyum penuh makna. Haha! Gig bermula pada jam 5.30 petang dengan persembahan daripada AS I END yang kelihatan agak mantap dan bertenaga namun sokongan para hadirin yang rasanya berjumlah 30 orang adalah sangat mengecewakan. Hehehe! Kemudian VERMILLION mengambil alih, mulanya aku menyangka kumpulan yang semua anggotanya wanita kecuali pemain bass mereka bermain genre power metal. Ternyata telahan aku meleset apabila mereka ialah kumpulan modern death metal yang penuh melodi. Biasalah, persembahan yang membabitkan wanita pasti menarik minat si abang-abang.

Seterusnya RECIDIVIST beraksi dengan irama death metal tradisional sejak dari dahulu lagi. Wonderwizard, pemain dram mereka ialah sahabat lama kami sejak dari zaman 90-an dulu. Kami pernah jamming bersama ketika beliau menuntut di ITM Arau dahulu. Dari persembahan mereka, nampaknya Wonderwizard masih konsisten dengan minatnya sejak dulu lagi. Death metal sejati. Gitaris dan penyanyi mereka tidak habis-habis merungut dengan sistem bunyi, mungkin jika masalah itu dapat diatasi, RECIDIVIST akan lebih menyerlah pada petang itu.

Sepatutnya KHEROW akan mengambil alih petang itu tetapi disebabkan faktor menatang babi apantah, giliran mereka ditunda selepas CAFERGOT. Penyanyi kumpulan ini tidak habis-habis menyeru orang yang duduk dibelakang (aku la tu) untuk bangun ke depan untuk layan mereka. Minta maaf abang no?. Aku memang bosan teramat sangat nih, aku pun taktau lagu apa hangpa main. Aku pun mai nak sokong budak-budak aku saja. Bukan aku kemaruk sangat. Aku masuk pun bayaq 19 ringgit. Dah la hang overtake budak-budak aku, hang nak suruh aku pi dok pi kalut depan tu pulak?!

KHEROW mengambil tempat dan beraksi dengan selamba walaupun mulanya sambutan yang diberikan agak suram kerana muzik mereka agak asing di semenanjung ini. Namun apabila mereka memainkan lagu kedua dan seterusnya, hadirin mula memberikan sokongan. Seperti yang diminta Afdzal, aku sumbangkan suara aku yang ‘merdu’ untuk lagu cover Rainbow “Gates Of Babylon” walaupun aku dah hilang mood waktu itu. Aku puji sikap KHEROW walaupun berhadapan dengan macam-macam diskriminasi dan karenah mereka tetap cool dan memberikan yang terbaik. ( klik untuk lihat video)

Selesai KHEROW main aku turun dan tunggu mereka dalam kereta. Otak serabut, fikirkan esok kerja jam pukul 7 pagi. Ada lawatan dari UiTM. Kerja seorang diri pula. Macam-macam hal nak jadi esok hari. Walaupun begitu, kerana kasihankan rakan-rakan, aku tetap luangkan sedikit masa membawa mereka ke Nasi Kandar Line Clear. Syargoth dah berkali bagi amaran kepada aku, kalau perut lemah. Jangan makan! Tetapi disebabkan Diken dan Angah mengidam Line Clear, kami ke sana juga akhirnya. Gerai warisan ini dikatakan resipi karinya tidak pernah berubah sejak 1930 lagi. Dan seperti juga KHEROW, ini adalah kali pertama aku makan di sini.

Kenyang makan nasi kandar. Aku hantar mereka kembali ke Soundmaker. Seterusnya aku, Diken dan Angah beredar ke jeti dan pecut kembali ke Kangar untuk sampai secepat yang mungkin bagi mendapat rehat secukupnya untuk kembali bertugas hari ini. 

FAITHCRAFT DI KANGAR STREET ART

Kami tak pernah lagi sertai acara arus perdana buatan kerajaan briyani atau pun madani sebelum ini, lagi pun kami bukan cari makan dengan ha...