Sunday, July 3, 2011

IPOH LOUDBLAST ANTHEMS PART: III

Jam pukul 8.30 pagi aku, Syed dan Ciwi bertolak dari Kangar menuju ke Lost World Tambun. Fufu macam biasa masih dengan sikap pendusta beliau, tiada langsung perasaan hendak maklum, nak balas sms, nak suruh bini jawab telefon beritahu yang beliau ‘demam’ . Rasanya ini kali ke-10 perjanjian munafikun terjadi di antara Fufu. 

Kami menyusur jalan lama ke Gurun kerana ini adalah agenda sarapan pagi roti canai kuah dhal di Restoran Khooja paling penting bagi setiap perjalanan jauh. Ciwi makan roti dan nasi kari ayam sekaligus. Kami sampai di R&R Sungai Perak jam 1.00, minum –solat siap, dapat sms dari Madi DOSA memaklumkan beliau dan isteri sedang pulun mandi manda di Lost World. 

Kami sampai di Lost World kira-kira jam 3.00 petang, tiket RM25 ( siap boleh mandi kalau bawa pakaian mandi, not bad!). Pemandangan cantik, gadis-gadis pun cantik. Ini adalah kali ke-2 aku ke Lost World of Tambun, pertama kali pada tahun 2007 aku bawa pelatih-pelatih juvana untuk aktiviti rekreasi. Tidak banyak berubah, cuma dahulu aku tidak perasan pula kewujudan Kepura Cave yang menyediakan pentas hiburan?



Tempat persembahan ini diubah suai dari sebuah gua batu kapur, lengkap dengan sistem penghawa dingin, sistem pencahayaan suram, sebuah pentas ketinggian 3 kaki, dan keluasan yang boleh menampung dalam 200 orang dalam suatu masa. Ketika kami sampai Enthrone Fall hampir selesai membuat persembahan, berdasarkan pemerhatian aku. Sistem bunyi yang digunakan di situ biasa-biasa, microfone memang gagal sepenuhnya, guitar memang tidak ketahuan apa yang keluar lagi kecuali band itu sendiri yang tahu apa yang dimainkan mereka. Dram sekadar boleh mendengar tempo, tone dan struktur bunyi kurang jelas kedengaran.


Dissectomy yang bermain selepas itu masih gagal menarik perhatian penonton, yang sememangnya masih janggal dengan muzik bawaan mereka. Apakah mereka telah mempunyai material yang telah direkod? Aku sendiri tidak pasti. Dua lagu covers pertama dari At The Gates “ Blinded By Fear” dan Morbid Angel “Day Of Suffering” hanya menarik segelintir peminat. 


Apabila Brabazom dan Vermillion naik ke pentas, kami jalan-jalan sekitar Lost World riadah mata, beli minuman dan cuci sistem pencernaan. Jadi tidak dapat dipastikan bagaimana mereka beraksi petang ini. Yang pasti, Brabazom memakai corpse-paint dan Vermillion kumpulan death metal wanita. Seterusnya, Vociferation Eternity mengambil alih, muzik mereka yang lebih ringkas dan kurang blastbeat dari kumpulan yang lain memberi sedikit ruang untuk mendengar apa yang mereka mainkan. Menampilkan semua anggota baru, Voci sekadar memberikan persembahan yang bersahaja petang itu dengan seleksi lagu klassik mereka yang sepatutnya cukup gamat. Azmaniac, Pemain dram asal mereka turut diundang untuk bermain lagu “Ocean Myth” dan persembahan mereka diakhiri oleh “Hati Syaitan” sebuah lagu cover dari Sofea sebagai penghormatan kepada hero-hero Perak. Semua anak metal Perak menyanyi bersama, dan lebih bersemangat dengan kehadiran Mamat Kalid, pengarah filem yang sedang dalam produksi pembikinan filem ROCK II. 


Filem Rock aku benci, Kak Limah pun aku benci. Heran aku apa yang best sangat?

Kini tiba Infectous Maggots, band pujaan Ciwi. Selama 2 bulan Ciwi tidur tak lena fikir tentang gig ini. Apabila Ciwi tengok Maggots main di Penang bersama Trauma (Indo) beberapa bulan yang lalu, Ciwi cerita kehebatan Fathul setiap kali dia jumpa aku. Boleh salam dengan Fathul, Ciwi rasa macam dapat salam dengan Michelle Yeoh. Ciwi seronok, kami pun tumpang seronok. Walaupun dah lama dengar Infectous Maggots, malah demo Maggot “Infectous” 1991 (pemberian Shammir Basement Records untuk di convert dan di remastered dan re-issue sebagai cd), aku masih belum berpeluang untuk menyaksikan mereka bermain sebelum ini. Jadi ini adalah pertama kali setelah mereka kembali bergiat aktif dengan anggota asal. 

Walaupun tembun, mengah, penat, lawak, suka berletiaq, Fathul ada karekter yang ‘twisted’ membuatkan persembahan Maggots berjaya menarik hadirin untuk menggila. Macam tidak percaya akan ada ‘mosh pit’, ‘stage-dive’, kerana sebelum itu suasana sangat lesu dan pasif. Walaupun apa yang dimainkan Maggots, apa yang disebut Fathul, hampir semua haru-biru tanpa dapat diselamatkan. Ini bukan salah Maggots. Mereka telah berikan yang terbaik petang itu dan semua pastinya berpuas hati terutama mereka yang mendapat t-shirt bootleg Iron Maiden Bali yang dilempar oleh Fathul. Bukan rasuah katanya!! Isteri Madi beri t-shirt tersebut kepada aku kerana dia dapat 2 helai, aku hadiahkan kepada Ciwi untuk buat kenang-kenangan.

Jam menunjukkan 6.30 petang apabila Maggots selesai membuat persembahan. Penganjur mengumumkan Wormrot akan bermain pada pukul 8 malam ini sebagai penutup persembahan. 2 kali aku minta Madi pastikan perkara ini, lalu kami menetapkan untuk makan malam di luar taman tema ini kerana segalanya 2 kali ganda mahal di sini. 


Selesai kami makan malam, aku mendapat panggilan telefon dari Hailul memberitahu beliau dalam perjalanan untuk lepak bersama kami setelah selesai melihat persembahan Wormrot. Celaka betoi! Wormrot dah main lagi?? Apahal dengan penganjur umum mereka akan main pukul 8 mlm tadi? Masing-masing kami di kedai makan melahu dan bengang dengan berita ini. Kecuali Ciwi yang tersenyum sendirian, makan pun tak lalu, cakap merapu sebab dah dapat tengok Maggots. 

Dengan kecewa kami berangkat pulang. Walaupun rasa macam sia-sia, aku niatkan aktiviti hari ini untuk bawa Ciwi makan angin. Kami berhenti di R&R Bukit Gantang untuk mandi, solat dan minum. Seterusnya dari situ kira-kira jam 10.30 malam, kami teruskan perjalanan dalam hujan lebat disepanjang jalan hingga tiba di Kangar pada jam 12.50 malam. Kesian pula kat Syed sebab anaknya di masukkan ke wad pada pukul 2 pagi kerana penat. Jadi bermalam di hospital Tuanku Fauziah la dia malam tadi.

FAITHCRAFT DI KANGAR STREET ART

Kami tak pernah lagi sertai acara arus perdana buatan kerajaan briyani atau pun madani sebelum ini, lagi pun kami bukan cari makan dengan ha...