Sunday, March 30, 2014

FRIDAY REBEL GIGS



DISSECTOMY Vs WRECKÄR

Friday Rebel Gigs adalah parti muzikal mingguan pada setiap malam Jumaat yang dianjurkan oleh Soundmaker Studio, Penang. Dan pada bulan Mac ini kebanyakan kumpulan-kumpulan yang terlibat adalah dari genre blues, grunge dan rock. Apabila kami mendapat undangan dari Leon, penyanyi DISSECTOMY (dan juga NONSERVIAM) dengan pantas Chainsore dan Melayu bersetuju walaupun ia hanya melibatkan dua kumpulan dan tidak dijanjikan dengan sebarang tawaran istimewa. Oleh kerana memikirkan sudah lama kami tidak mengadakan mengadakan persembahan bersama dan kelapangan yang ada baik kami gunakan untuk santai dan riadah disamping membuat kemunculan sulung di pulau mutiara ini.

Melayu a.k.a Haidir sampai di Stesen Keretapi Arau jam 10.00 pagi pada 27/3/2014, pada sebelah malamnya kami berlatih selama hampir 2 jam buat kali pertamanya pada tahun ini dalam formasi Wreckär yang sebenar. Wreckär sebelum ini telah menjelajah Selatan Thailand dan ke pekan Raub sebagai kumpulan 2-kerat kerana jadual kerja Melayu (lead bass) yang padat dan juga sibuk dengan jadual rakaman serta persembahan bersama kumpulan utama beliau, HEREAFTER. Kami kumpulan yang tidak memerlukan latihan yang banyak kerana susunan lagu yang ringkas dan gaya permainan kami yang sangat ‘mentah’ cuma yang menjadi masalahnya saya baru seminggu mengunakan twin paddle Pearl disebabkan paddle bass dram lama jenama LAZER yang tersangat uzur dan patah dibeberapa bahagian. Saya masih belum dapat mengusai paddle baru ini dengan baik. Tetapi segalanya tetap berjalan dengan lancar.

28/3/2014 (Jumaat), kami bergerak dari Faithcraft Studio jam 11.30 pagi. Kalut punya pasal, penyaman udara lupa ditutup (pembaziran tenaga selama 2 hari!), kamera lupa dibawa, pakaian untuk solat lupa dibawa malah berus gigi dan bermacam lagi turut terlupa. Kami menyusuri jalan lama untuk singgah di pekan Gurun dan menikmati roti canai di Restoran Kodja. Selepas menunaikan solat sunat Jumaat berdekatan Gunung Jerai, kami kecewa yang amat sangat apabila mendapat Kodja tidak beroperasi petang itu. Kami terlupa hampir semua kedai bercuti pada hari Jumaat di Kedah! Dengan hati yang membara dan mata yang berpinau kerana sayu, hahaha! Chainsore memecut keretanya menyusuri lebuhraya ke Georgetown melalui jambatan Pulau Pinang.


Bagi mengubat sayu dihati Chainsore, kami terus ke Restoran Kapitan dan mengadap ‘brunch’ (sarapan pagi gabung makan tengahari) roti naan dan ayam tandoori. Rasanya sistem penghadaman ‘Melayu’ sejati memang tidak mampu menghadapi rempah-ratus India ‘sejati’. Beliau menghadapi saat genting dan sengsara di tandas restoran dan kami terpaksa berkejaran lari dari restoran oleh kerana tragedi yang menimpa beliau. Disebabkan 2 tahun lepas, saya pernah menginap bersama KHEROW di Peking Hotel berdekatan Chocolate Boutique dan keadaannya agak selesa. Kami membuat keputusan untuk menginap di hotel yang sama. Kami sampai disitu pada jam 5.00 petang dan rehat serta tidur hingga 8.00 malam dengan tenang dan nyaman. Beberapa kawasan di bandar Georgetown sedang menerima rahmat hujan ketika itu.




Bangun dari tidur, jamak dan qasar kami terus keluar dari hotel dan bersiar-siar di kawasan sekitar dan terus ke Soundmaker. Kali terakhir saya di sini pada Mei 2012 untuk melihat CARBURETOR DUNG dalam siri gig mempromosi ‘Inginku Rejam Raksasa Kejam!’.Ternyata sudah banyak perubahan yang dilakukan oleh pemilik Soundmaker yang sebelum ini dipenuhi dengan lukisan-lukisan politikal dan sosialis serta suasana yang kurang selesa. Kini Soundmaker dihiasi dengan mural-mural artistik tetapi masih mengekalkan beberapa aspek dan etika sosialis mereka. Mereka turut mempunyai bar, galleri seni foto, galleri seni komik dan ruang legar serta ruang jualan merchandise juga masih dikekalkan. Penyaman udara juga berfungsi dengan baik.






Kami sampai di Soundmaker jam 9.30 malam dan ketika itu DISSECTOMY sedang melakukan persiapan dan pemeriksaan sistem bunyi. DISSECTOMY adalah sebuah kumpulan death metal teknikal dan bermelodi yang menghantui Pulau Pinang sejak tahun 2003 lagi!! Mereka telah melalui perubahan anggota namun tetap bediri dan aktif melakukan persembahan terutamanya di tanah kelahiran mereka. Saya sendiri rasanya telah 3x melihat aksi mereka yang hebat dan berkemahiran tinggi, tetapi entah mengapa mereka masih gagal menerbitkan sebarang album atau mini-album sepanjang karrier mereka? Melalui perkhabaran mereka sendiri, DISSECTOMY kini adalah fasa terakhir rakaman album sulung yang berjudul "New Tyranny Unsurpassed". Harapnya mereka berjaya.

Mereka siap sedia dengan bunyi terbaik pada jam 11.00 malam, penonton yang hadir bagi saya amat memuaskan walaupun saya dapat rasakan Leon dan pemilik Soundmaker beranggapan kami kurang senang dengan keadaan ini. Kami gembira. Saya anggarkan mungkin sekitar 20 orang yang hadir pada malam itu, dan saya ingat lagi ketika WRECKÄR membuat kemunculan sulung di Stopzone, Johor Bahru lebih kurang 20 orang juga yang menonton persembahan kami walaupun ia sebuah gig yang disertai banyak kumpulan. Dan yang berada dihadapan kami ketika itu hanyalah rakan-rakan kumpulan yang telah dan akan bermain dalam gig tersebut. Tetapi pada malam ini, semua yang hadir walaupun jumlah yang kecil, mereka adalah penonton yang datang untuk menyokong DISSECTOMY dan WRECKÄR. Ia amat bermakna.








Mereka siap sedia dengan bunyi terbaik pada jam 11.00 malam, penonton yang hadir bagi saya amat memuaskan walaupun saya dapat rasakan Leon dan pemilik Soundmaker beranggapan kami kurang senang dengan keadaan ini. Kami gembira. Saya anggarkan mungkin sekitar 20 orang yang hadir pada malam itu, dan saya ingat lagi ketika WRECKÄR membuat kemunculan sulung di Stopzone, Johor Bahru lebih kurang 20 orang juga yang menonton persembahan kami walaupun ia sebuah gig yang disertai banyak kumpulan. Dan yang berada dihadapan kami ketika itu hanyalah rakan-rakan kumpulan yang telah dan akan bermain dalam gig tersebut. Tetapi pada malam ini, semua yang hadir walaupun jumlah yang kecil, mereka adalah penonton yang datang untuk menyokong DISSECTOMY dan WRECKÄR. Ia amat bermakna.

DISSECTOMY mengalunkan mungkin 5 lagu-lagu mereka, lama dan baru dengan penuh tenaga. Mereka juga membawakan sebuah lagu saduran kegemaran mereka dari AT THE GATES “Blinded By Fear”.









WRECKÄR mengambil alih pentas tanpa sebarang masalah. Lagipun kumpulan seperti kami hanya memainkan bass, dram dan vokal tanpa sebarang penetapan bunyi atau peralatan yang canggih. Ia asas rock & roll yang dimainkan dengan D-Beat laju dan jeritan caci maki.

Kami memainkan 5 lagu mengikut susunan CD “Rape All”, banyak mereka yang binggung apabila melihat kami mengunakan 2 bass tanpa gitar. Semua lagu dimainkan tanpa sebarang masalah yang banyak kecuali saya yang asyik ditimpa masalah kerana stand cymbal yang disediakan oleh pihak Soundmaker sangat uzur dan tidak cukup sifat. Terima kasih kepada Asraf HUMILIATION, Leon dan Marco Ferrarese yang membantu sepanjang persembahan kami.

Selesai persembahan pemain dram DISSECTOMY bertanya kenapa beberapa remaja Mat Salleh dibelakang memaki hamun ketika kami sedang main dan terus beredar dari Soundmaker. Kemudian Marco pula datang kepada saya bertanya “Why they took things so serious?”. Begitu juga Dzul WEOT SKAM yang memberitahu kami remaja Mat Salleh berkenaan berjumpa beliau dan bertanya “Why they insult us and call us faggots?”, Dzul hanya membalas “Why don’t you wait and ask them?”. Tetapi mereka tetap berlalu. Saya sebenarnya agak kasihankan mereka. Sebenarnya kebanyakan penonton malam ini hanya berkumpul dan melihat. Tiada aksi dan kaku. Agak membosankan, jadi sebelum memainkan lagu kontroversi kami “Faggots may Rot”, kami menyeru agar mereka-mereka termasuk semua mat-mat Salleh agar datang bermoshing bersama jika mereka bukan pondan. Saya juga menjerit jika mereka tetap tidak datang ke hadapan saya akan menghancurkan dram Soundmaker. Mungkin disebabkan kenyataan itu mereka merajuk dan membawa diri.

Marco lain pula cadangannya. Dia suruh saya cari dan belasah semua Mat Salleh tersebut. Pandai dia, nanti WRECKÄR dijadikan bahan untuk buku baru beliau yang dalam proses penulisan. Tetapi penjelasan Marco mewakili kami kepada pemilik Soundmaker amat jelas dan beliau benar-benar faham apa yang kami maksudkan. Ujar beliau, (terjemahan dari Inggeris; budak-budak British tersebut terlalu benak pemikiran mereka dan mengambil kata-kata mereka (WRECKÄR) terlalu serious. Mereka sepatutnya lebih terbuka dalam hal ini, jika di Britain hal ehwal LGBT, terutamanya Pondan dan Gay diiktiraf dan diberi hak di sana. Ia perkara yang normal di sana. Tetapi di sini, LGBT tidak diiktiraf, apa yang mereka (WRECKÄR) cakap ini benar. Ya lah, ia sesuatu yang HARAM bagi agama mereka. Betul kan? (saya tersenyum! Bijak benar Marco). Jika saya ke negara Soviet dan minum arak ditempat awam yang telah jelas di negara mereka melarang hal itu. Maka saya tetap melakukannya, kemudian saya ditangkap dan dipenjara. Bodohlah saya jika memaki hamun polis dan penguatkuasa di negara berkenaan!”.







 

Kami tutup hal itu dan terus ke Restoran Pelita USM bersama Asraf, Dzul dan Syargoth untuk hidangan murtabak ayam. Macam-macam yang kami dibualkan hingga ke jam 2 pagi.

29/3/2014 (Sabtu), kami keluar dari Peking Hotel jam 9.00 pagi dan terus ke Rope Walk untuk sarapan pagi dan tinjau kawasan. Ternyata telah hilang keunikan pasar pagi ini dan tiada lagi barang-barang yang benar-benar antik di sini.

 





Kemudian kami ke Penang Time Square, memandangkan Dzul mempromosi Big Bad Wolf Book Sale yang katanya amat murah dan berbaloi. Saya dapatkan beberapa siri komik begitu juga Chainsore yang membeli beberapa buku dengan harga yang sangat berpatutan.

 

Seterusnya kami melawat Gurney Plaza pula, ke Popular Book dan mendapati antara buku terlaris tulisan penulis ‘tempatan’ hehehe, NAZI GORENG masih di rak. Saya terus dapatkannya alang-alang jumpa Marco petang nanti boleh beri dia tandatangan sekali. Kami ke kedai alat muzik dihadapan MPH Book, terharu bila pekerjanya menyapa, ‘hey! Main bagus semalam, saya pun ada di sana semalam. Saya pun orang Perlis.’ Yep! Muzik menyatukan kita, merentas usia, bangsa dan dogma. Kemudian kami singgah sebentar di Masjid Kapitan.




Kami kemudian melawat Deadbeat Shop di Komtar dan terus ke Soundmaker, dimana Marco sedang menunggu dan sedang membuat persediaan untuk gig anjuran beliau , Malaysian XXXtreme Rempit Rally yang memuatkan kumpulan-kumpulan hebat seperti TOOL OF THE TRADE, SARJAN HASSAN, WEOT SKAM, dan banyak lagi. Gig beliau bermula jam 7.00 malam jadi kami tidak dapat sertai sekali kerana Melayu perlu ke stesen bas Butterworth pada jam 6.00 petang.



 

Marco Ferrarese yang juga gitaris WEOT SKAM, penulis buku dan pengembara dari Italy seorang yang idealis dalam kehidupan seninya. Beliau dalam proses menyiapkan dokumentari yang juga tesis PhD beliau mengenai Muzik Metal Islam di nusantara. Dalam gig ini beliau cuba memperkenalkan pergerakan bernama ‘TAQWACORE’ di Amerika Syarikat, yang juga disebut sebagai kelahiran kepada Punk Islam. Taqwacore diasaskan oleh pemuzik-pemuzik metal punk beragama Islam di Amerika dengan tujuan mempergunakan muzik sebagai kaedah memperkenalkan ilmu tauhid dan elemen positif dalam muzik bawah tanah ini.

Marco akan menayangkan sebuah filem dokumentari taqwacore selama sejam dan sesi berkongsi pendapat serta hujah diadakan sebelum gig bermula. Misinya, Marco mahu memperkenalkan pergerakan punk Islamik di Malaysia. Ironinya, beliau bukan muslim. Tabik hormat kepada beliau.

Kami berbual rancak hingga ke jam 5.00 petang sehinggalah Marco menegur agar kami beredar kerana tidak mungkin kami dapat sampai ke stesen bas Butterworth jika masih tidak menaiki feri jam 5.00 petang. Benar kata Marco, kami terus ke jambatan dan sampai di stesen bas tepat pada masanya. Melayu terus kembali ke Teluk Intan dengan menaiki bas kerana perlu berkerja esok hari, manakala saya dan Chainsore terus kembali ke Kangar dan sampai kira-kira jam 9.00 malam.

FAITHCRAFT DI KANGAR STREET ART

Kami tak pernah lagi sertai acara arus perdana buatan kerajaan briyani atau pun madani sebelum ini, lagi pun kami bukan cari makan dengan ha...