Saturday, December 27, 2025

TERKUTUK UTARA - ALBUM LAUNCH






























Last night at Tasia Tomyam, something raw and real went down — the long-awaited launch of "TERKUTUK UTARA", a compilation representing the true northern underground.

Featuring Perlis-based acts bound by distortion, darkness, and defiance, this wasn’t just a release party. It was a gathering of minds, riffs, and brotherhood. Ideas were shared, spirits reconnected, and the scene proved it's still alive — and filthy as ever.

This is for those who kept creating in silence, for those who never gave up on DIY, and for everyone who believes the north still has venom left to spit.

Much respect to all bands involved, the crew, and every soul who showed up and showed support.  
You are the scene.!

WRECKÄR “DEMIGOAT” SINGLE 2025

Single 2025 daripada Wreckar telah pun terbit dan boleh didengar melalui kompilasi Terkutuk Utara atau melalui streaming di Bandcamp.com

TERKUTUK UTARA ALBUM KOMPILASI


SEBUAH ALBUM KOMPILASI DIGITAL YANG MENAMPILKAN 21 BANDS BAWAH TANAH DARI PERLIS.

Kami seru entiti paling misterius, lagenda, liar hinggalah kepada pewaris yang mendatang! Mereka adalah: METAL GHOST, SCARIFICATION, WHAFFATH, AU REVOIR, ABIARDH, HEGYRA, INSULTOR, DETBE, DEVASTATOR, DOSA, MOI LAST VON, PRIBUMI, GOTIKA JIWA LARA, GEROBOKBESI, WRECKÄR, MORIBUND, PARÖTID, AHMAD RA1M1, SATYAGRAHA, NORTH OF SILENCE dan SINGLE BROWN DAY.

- Booklet 16 mukasurat profil bands (berwarna)
- Poster A3
- 1 Sticker die cut
- 1 Sticker windshield kereta
- 1 button old school

QR kod untuk muat turun album akan disertakan.
TERHAD untuk 100 unit sahaja (hand numbered)!!
RM25 (Cod) atau RM35 (termasuk kos packing dan kurier)

AKAN DILANCARKAN DI TASIA TOMYAM, KG. REPOH KANGAR PADA 27 DISEMBER 2025 (JAM 9:00 malam – 12:00 malam).

TURUT DIADAKAN SESI BANDS MEET & GREET!
FREE DRINKS UNTUK YANG DATANG AWAL.



 

Friday, December 12, 2025

WRECKÄR “DEMIGOAT” T-SHIRT PRE-ORDER

 

WRECKÄR “DEMIGOAT” T-SHIRT PRE-ORDER

Size: S,M,L, XL, 2XL, 3XL

Color: Black ON white silkscreen print

RM40.00 (Self collect) + RM10.00 (postage)

Click to order: https://wa.link/j29851


Sunday, July 30, 2023

FAITHCRAFT DI KANGAR STREET ART


Kami tak pernah lagi sertai acara arus perdana buatan kerajaan briyani atau pun madani sebelum ini, lagi pun kami bukan cari makan dengan hasil karya kreatif ini, kami hasilkan sesuatu (tulisan, lukisan atau muzik) untuk dikongsikan dan jika ia boleh jual, mampu raih duit, kami guna sebagai modal pusingan untuk karya seterusnya. Haluan kiri seperti kami tidak terikat dengan undang-undang dan taboo, kami redah aja. Kami mahu generasi muda mempunyai pemikiran kritis, berkarya dengan memeras otak ‘habis meta’ dan redah aja jika tiada yang menyokong. Bagi yang membenci pula, kami didik agar pengkarya menerima perbezaan dan jangan tunduk kepada golongan pengikut dan penakut.

Kami tak tahu apa benda itu Jelajah Genta Belia? Kata Menteri Belia dan Sukan yang merupakan pelaksana bagi program ini, Jelajah Genta Belia ini dianjurkan bagi memperkasa ekonomi golongan muda terutamanya di luar bandar dengan memberi pendedahan berhubung inisiatif pemerkasaan ekonomi. Kami mendapat tawaran seorang rakan untuk sertai jualan produk kreatif di Kangar Street Art di bawah anjuran Persatuan Pelukis Negeri Perlis, maka kami sertai aja untuk ambil pengalaman dan tinjau program kerajaan. Mungkin kita boleh belajar sesuatu, secara jujurnya kami sudah sedia maklum bagaimana rakyat Perlis berinteraksi dengan karya-karya kreatif tempatan. Maka sebab itulah sebelum ini kami anjurkan program sendiri melalui ‘crowdfunding’ untuk mempromosi hasil tangan sendiri. Kita tak mengeluh sebab kita ada sasaran dan peminat yang tersendiri. Sepanjang kami berada di Kangar Street Art kelmarin, boleh dikatakan majoritinya para pelanconglah yang tahu menghargai dan sanggup membeli produk kami. Terima kasih!

Pada skala Persatuan Pelukis Negeri Perlis, saya beranggapan program ini berjaya dan syabas diucapkan kepada Cikgu Yaakub kerana gigih membawa acara seni sebegini untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada generasi muda. Mungkin dengan sokongan PBT kepada persatuan beliau, banyak urusan boleh dipermudahkan dan banyak idea boleh diperkenalkan agar kerajaan tak ‘jakun’ sangat dalam mengangkat ‘perkampungan seni’ kita ke satu tangga lagi selepas ini.

Barbarossa
30 Julai 2023,
#KangarStreetArt

Wednesday, October 6, 2021

BEDAH ALBUM AU REVOIR "ENGINE OF MY HEART"



Rammy Azmi, komposer dan teraju utama AU REVOIR menceritakan pengalaman diherdik kerana bereksperimen dengan koir sewaktu kemunculan bala tentera war metal di Malaysia dan pergelutan dalam memilih occult rock dan speed rock sebagai hala tuju mereka. AU REVOIR telah bertekad untuk kekal dalam tema pembunuhan, kekecewaan, kegilaan dan keanehan yang hanya berani diketengahkan oleh pemuzik bawah tanah. Dia turut mengupas metodologi rakamannya pada waktu itu dan sikapnya dalam memahami aras-aras kreativiti muzik keras terbitan mandiri. 

Selain itu beliau turut bercakap mengenai falsafah kesufian dan kenangan Faithcrat Studio yang masih tersisa...

TERKUTUK UTARA - ALBUM LAUNCH

Last night at Tasia Tomyam, something raw and real went down — the long-awaited launch of "TERKUTUK UTARA", a compilation represen...