Tuesday, December 15, 2009

EXPLOSIVE KIDS: Part II

Hari ini lepas balik dari kerja aku berehat sekejap, lepas mandi terus memandu ke Jitra ke rumah Diken. Kronologi amp bass aku yang meletup hari itu, bersambung lagi. Kedai Indera Jaya Electrical Kangar dasar penipu, dah 2 bulan amp aku tersadai di kedainya, apa pun tidak dibuatnya. Yang membuatkan aku marah sangat bila dia berjanji, dari minggu ke minggu hingga aku hilang sabar. Kemarin, selepas maki hamun di kembalikan amp aku. Disebabkan aku bengang dengan kos masa dan tenaga yang aku terpaksa tanggung, terpaksa aku ambil tindakan sebgai ganti kerugian yang aku alami. Tindakan itu terpaksa aku rahsiakan di dalam blog ini. Hehe!

Jadi selepas ambil Diken sebagai teman, kami berlepas ke Alor Setar jam 12.30 tengahari. Sampai sahaja di Sze Chan ( atau Shin Chan kata Redza ) amp aku diperiksa, ambil slip, beli satu clamp untuk tambah splash cymbal pada drumset aku, kami pun ke Hard N Heavy store yang dimiliki oleh CS Storming Steels. Sayangnya, kedainya masih belum beroperasi. Kami sampai disitu jam 1.30 petang, mengikut papan tanda didepan, Hard N Heavy beroperasi mulai jam 2.00 petang. Jadi makan tengahari dulu di Restoran Keong @ Nasi Padang kegemaran Diken. Lawak bila tokey kedai tegur baju Thin Lizzy yang aku pakai. “Dia bukan Poser” kata Diken. Wahahaha!


Selepas makan kami sekali lagi ke Hard N Heavy, namun masih belum dibuka. Jadi selepas hantar Diken, baca Metal Hammer dekat rumah dia. Aku selamat sampai ke rumah jam 4.00 petang.

FAITHCRAFT DI KANGAR STREET ART

Kami tak pernah lagi sertai acara arus perdana buatan kerajaan briyani atau pun madani sebelum ini, lagi pun kami bukan cari makan dengan ha...