Saturday, January 9, 2010

EXPLOSIVE KIDS: Part III


Hari ini jam 3 petang aku dengan Syed ( ponteng kerja ) ke Sze Chan untuk mengambil amp Behringer Dynamizer yang diletupkan oleh kanak-kanak rock tempoh hari. Macam biasa dengan soundtrack perjalanan Therion “Vovin” menyusur dengan penuh ketenangan.

Sampai di Szen Chan, aku tengok amp aku dah siap untuk testing. Macam biasa lagu favorite untuk test bass semestinya “Black Night”, menurut mereka I.C dan Speaker aku blown. Jadi semuanya RM220. Aku tidak tahu samada ianya mahal atau murah? Bagi aku yang sengkek ni, mahal la...


Syed ajak aku makan Nasi Kandar Sultan, sedap juga tetapi tidak penah aku makan nasi kandar sampai berpeluh-peluh macam di Sultan ini. Panas gila. Syed pula macam biasa, extra kuah yang memang scary aku tengok.

Malamnya macam biasa, aku dengan Diken ke Brasmana Bistro minum kopi sambil tengok-tengok waitress. Hahaha! Sembang-sembang pasal kisah-kisah silam, perancangan hendak pergi tengok Misery Index pada April ini di Singapore. Harapnya jadi. Aku pun baru dengar lagu Misery index beberapa minit yang lalu, itu pun selepas Diken bagi. Technical Death Metal at it’s farking best.

FAITHCRAFT DI KANGAR STREET ART

Kami tak pernah lagi sertai acara arus perdana buatan kerajaan briyani atau pun madani sebelum ini, lagi pun kami bukan cari makan dengan ha...